Iklan Jawatan Kosong di Perbadanan Putrajaya telah ditutup
Pemohon yang berjaya disenaraipendek akan dipanggil untuk temuduga. Surat panggilan temuduga akan diposkan ke alamat pemohon. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumbalas dari pihak Perbadanan Putrajaya sepanjang 12 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
:: Pengumuman / Announcement
Penutupan Premis Di bawah Perbadanan Putrajaya
sempena Aidilfitri
Untuk makluman semua, pengoperasian beberapa taman
di bawah jagaan Jabatan Landskap dan Taman iaitu
Taman Wetland (termasuk Pusat Rekreasi Air), Taman
Warisan Pertanian dan Taman Botani akan ditutup
selama dua (2) hari iaitu pada hari PERTAMA &
KEDUA Hari Raya Aidilfitri 2008 (1429H) bersamaan
dengan 1 dan 2 Syawal 1429H sempena sambutan Hari
Raya Aidil Fitri.
Adalah dimaklumkan juga, sempena dengan Hari Raya
Aidil Fitri operasi Kompleks Kolam Renang Awam
Presint 6 dan Kompleks Sukan Taman Pancarona Presint
18 akan ditutup mulai 29 September 2008(Isnin)
hingga 5 Oktober 2008(Ahad). Kompleks Kolam Renang
Awam Presint 6 dan Kompleks Sukan Taman Pancarona
Presint 18 akan dibuka semula operasinya seperti
biasa pada 6 Oktober 2008(Isnin).
Lot Premis Perniagaan Makanan dan Minuman untuk
di sewa
Sukacita memaklumkan dan mengalu-alukan pengusaha
makanan dan minuman Bumiputera yang berdaftar
dipelawa untuk menyewa lot premis peniagaan makanan
dan minuman di Pusat Penghayatan Alam dan Pusat
Rekreasi Air, Taman Wetland Putrajaya. Notis sewaan
DUA lot kafeteria untuk sewaan di Taman Wetland
Putrajaya telah dibuka pada 25 September
2008 dan akan berakhir pada 28
Oktober 2008. Maklumat lanjut adalah
seperti berikut :
Penutupan Jalan Sementara dan 'Contra Flow' di
Jambatan Seri Bestari
Adalah dimaklumkan bahawa kerja-kerja membaiki
sesalur paip TNB yang rosak akan dijalankan di
Jambatan Seri Bestari yang menghubungkan Presint
16 dan Wisma Putra dari 23 Sept 2008 –
5 Okt 2008. Kerja-kerja ini akan mengakibatkan
penutupan jalan dan ‘contra flow’ terpaksa dilakukan
sepanjang tempoh kerja-kerja berkenaan. Secara
tidak langsung menyebabkan ketidak selesaan kepada
para pengguna jalan dan orang awam lain. Sehubungan
itu, kerjasama para pengguna jalan dan orang awam
diminta menggunakan jalan alternatif bagi mengelakkan
kesesakan.